Alor Gajah, Melaka - Pada 19 hingga 21 Ogos 2019 telah berlangsungnya Kem Pengurusan Organisasi Mega (KPOM) yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM telah berjaya menghimpunkan lebih 500 Majlis Perwakilan Kolej di Universiti Putra Malaysia.
Seramai 18 orang lelaki 21 orang perempuan daripada Kolej Canselor telah mengikuti KPOM ini. Program ini bermula pada 19 ogos dengan menghimpunkan semua MPK di Dewan Putra 1. Kemudian program ini bersambung di Kem PLKN Jaya Gemilang A' Famosa, Alor Gajah, Melaka. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memberi persediaan kepada Majlis Perwakilan Kolej bagi menguruskan kemasukan pelajar baharu pada Minggu Perkasa Putra. Antaranya ialah Pertandingan Zafina, Pertandingan Kawad, Obstacle Course, dan Berjalan Malam. Semua MPK telah berjaya menghabiskan program ini dengan jayanya.
Oleh : Alif MPK
Date of Input: 27/08/2019 | Updated: 27/08/2019 | mshahrul
ADMINISTRATION OFFICE
CHANCELLOR COLLEGE
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN