4 Disember 2022 – Sekretariat Perpaduan dan Keharmonian, Majlis Perwakilan Pelajar Kolej, Kolej Canselor UPM telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Jenazah dengan kerjasama Masjid UPM. Bengkel ini telah dijalankan di Masjid Universiti Putra Malaysia dan Tanah Perkuburan Islam Kariah Serdang. Bengkel ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hafiz bin Ghazali.
Bengkel Pengurusan Jenazah ini merupakan program berbentuk majlis ilmu fardu kifayah secara teori dan praktikal tentang pengurusan jenazah bagi orang islam. Pendedahan program ini telah mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan kerana penyertaan terdiri daripada pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa UPM, Komuniti Serdang serta ada peserta yang bukan beragama Islam turut sama menyertai program ini.
Antara aktiviti yang telah dijalankan dalam program ini ada para peserta didedahkan dengan cara memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengkebumikan jenazah.
Date of Input: 29/12/2022 | Updated: 29/12/2022 | fuziah
ADMINISTRATION OFFICE
CHANCELLOR COLLEGE
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN