KOLEJ CANSELOR NAIB JUARA KESELURUHAN MTB
Serdang : Kolej Canselor dan Kolej Kedua berjaya melakar kejayaan di pentas Malam Tunas Budaya (MTB) 2016 apabila dinobatkan sebagai Naib Johan Keseluruhan dan Anugerah Kumpulan Tarian Terbaik MTB yang telah berlangsung pada 16 september yang lalu di Dewan Besar UPM.
Malam Tunas Budaya (MTB) merupakan program yang mengetengahkan bakat Pelajar Tahun Satu dan memberi peluang untuk beraksi di Pentas Dewan Besar Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM.
Bagi Presiden Kolej Canselor, saudari Noor Izznin Najiah binti Lansir, “Kami sangat bersyukur kerana pada tahun ini kolej kita berjaya merangkul dua anugerah dan pastinya menjadi kebanggaan buat warga kolej”.
Tambahnya lagi “saya berharap ini menjadi pencetus semangat untuk kolej kita terus meraih kejayaan pada pertandingan yang akan datang dan kolej kita akan kekal cemerlang.”
Seramai 100 pelajar termasuk tenaga pelajar dan kru terlibat dalam menjayakan persembahan yang mewakili Kolej Canselor dan Kolej Kedua.
MTB yang bertemakan ‘Suaraku, Iramaku, Ekspresiku’ ini dihadiri oleh hampir keseluruhan Pelajar Tahun Satu Universiti Putra Malaysia.
Tarikh Input: | Kemaskini: 04/05/2017 | zaim_hamid
PEJABAT PENTADBIRAN
KOLEJ CANSELOR
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR DARUL EHSAN